Macross Saga...

Macross atau Super Dimension Fortress Macross adalah sebuah anime (kartun dari jepun) yang sangat popular dalam era 80an. Ketika saya di darjah 4, anime ini memang ditunggu-tunggu apabila hari Sabtu tiba. Sehingga ketika ini, anime ini masih ada kesinambungannya dan masih menjadi bualan terutamanya mereka yang lahir pada tahun 80an.

Cerita asal Macross bermula dengan 36 siri TV, siri yang paling memberikan kesan jika sesiapa yang pernah menontonnya satu ketika dulu. Jalan cerita yang mantap, robot-robot yang canggih serta lagu-lagu yang sedap antara kekuatan utama siri ini. Bermula dengan siri ini, Macross terus berkembang dengan beberapa filem & siri yang lain.

Sempena ulangtahun Macross yang ke-25 (1982-2007), saya bina blog ini untuk berkongsi aparan semua maklumat mengenai anime kegemaran saya ini. Anda semua akan tahu apakah yang terlalu istimewa dengan anime ini pada posting-posting yang akan datang...

Characters of Super Dimension Fortress Macross

0 comments: